Khamis, 27 Januari 2011

Berita Harian Online | Galak anak bawa bekal makanan ke sekolah

Berita Harian Online | Galak anak bawa bekal makanan ke sekolah

Jumaat, 21 Januari 2011

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2011

Takwim Sekolah 2011
Kalendar Persekolahan Tahun 2011

Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 02.01.2011 - 31.01.2011 22
Hari Persekolahan 01.02.2011 - 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 - 10.03.2011 8
Cuti Pertengahan Penggal 11.03.2011 - 19.03.2011 9
Hari Persekolahan 20.03.2011 - 31.03.2011 10
Hari Persekolahan 01.04.2011 - 30.04.2011 20
Hari Persekolahan 01.05.2011 - 26.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 27.05.2011 - 11.06.2011 16
II Hari Persekolahan 12.06.2011 - 30.06.2011 15
Hari Persekolahan 01.07.2011 - 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 - 25.08.2011 19
Cuti Pertengahan Penggal ke II 26.08.2011 - 03.09.2011 9
Hari Persekolahan 04.09.2011 - 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 - 31.10.2011 22
Hari Persekolahan 01.11.2011 - 17.11.2011 13
Cuti Akhir Tahun 18.11.2011 - 31.12.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78
Kumpulan A :
Kedah
Kelantan
Terengganu


Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 03.01.2011 31.01.2011 21
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 11.03.2011 9
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 20.03.2011 9
Hari Persekolahan 21.03.2011 31.03.2011 9
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 21
Hari Persekolahan 01.05.2011 27.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 12.06.2011 16
II Hari Persekolahan 13.06.2011 30.06.2011 14
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 26.08.2011 20
Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 04.09.2011 9
Hari Persekolahan 05.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 21
Hari Persekolahan 01.11.2011 18.11.2011 14
Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 01.01.2012 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

Kumpulan B :

Perlis
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Sabah
Sarawak
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Labuan
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Rabu, 10 Februari 2010

Cuepacs tuntut tunai untuk kerja lebih masa

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut agar kakitangan awam diberi bayaran tunai untuk kerja lebih masa berbanding diberi cuti rehat, kata Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin.

Katanya hampir 50,000 kakitangan sokongan dari pelbagai jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun diberi cuti rehat untuk kerja lebih masa sejak Disember tahun lalu.

"Untuk setiap lapan jam kerja lebih masa mereka akan diberi satu hari cuti," katanya.

"Kami menganggap ia satu ekspoitasi, dan mahu kerajaan membuat tindakan segera untuk menghentikan amalan ini kerana ia akan melunturkan semangat pekerja dan menjejaskan produktiviti mereka," katanya.

Cuepacs, katanya, akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam untuk menyelesaikan isu itu.

Langkah sedemikian dilaksanakan untuk 'mengurangkan kos' dan juga untuk 'meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan' jabatan-jabatan berkenaan.

"Sasaran kerja kini adalah lebih tinggi dan kami memerlukan kerjasama dari kakitangan kita untuk bekerja lebih masa," kata seorang ketua jabatan.

"Bagaimanapun, peruntukan untuk kerja lebih masa adalah tidak mencukupi, jadi kami memperkenalkan sistem ini dengan menawarkan cuti," jelasnya.

"Kecuali untuk beberapa orang pekerja, kebanyakan daripada mereka bersetuju dengan peraturan itu kerana mahu mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dan meningkatkan sistem penyampaian sejajar dengan dasar kerajaan sekarang," tambah
beliau.

- Bernama

Isnin, 1 Februari 2010

JPN pantau agihan KWAPM pelajar tercicir

JPN pantau agihan KWAPM pelajar tercicir

KOTA BHARU 31 Jan. - Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) akan memantau agihan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) melibatkan pelajar yang tercicir daripada senarai penerima tahun lepas sebagai langkah menjaga kebajikan pelajar yang benar-benar layak.

Kegagalan bantuan tersebut dikhuatiri akan menjejaskan persekolahan pelajar yang sebelum ini bergantung kepada sumbangan KWAPM.

Ketua Pengarahnya, Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, usaha tersebut dibuat kerana terdapat jurang perbezaan yang ketara dalam bilangan penerima KWAPM tahun lepas iaitu sekitar 4,000 pelajar dibandingkan lebih 100,000 pelajar pada tahun sebelumnya.

"Jabatan mencadangkan mana-mana pelajar dalam kriteria miskin dibanci dan diberi tempoh untuk memohon semula bantuan tersebut bagi memberi keadilan kepada semua pihak.

"Bagi JPN, kebajikan pelajar adalah keutamaan dan mana-mana pelajar yang tercicir daripada senarai disarankan mendaftar di E-Kasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri yang menyenaraikan nama rakyat yang berpendapatan rendah melalui senarai itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Seminar Perkembangan Pendidikan Parlimen Pengkalan Chepa anjuran UMNO bahagian di sini semalam.

Hadir sama Ketua UMNO bahagian Dali Hussin dan Ketua Wanita UMNO bahagian tersebut, Zarina Euosope.

Ditanya mengenai kemungkinan ada keluarga yang memalsukan identiti anak-anak supaya tersenarai dalam kumpulan yang layak menerima bantuan, beliau tidak menafikan wujud budaya tersebut.

"Tidak dinafikan terdapat golongan yang mengambil kesempatan daripada peluang yang dibuka oleh kerajaan terutama apabila agihan KWAPM juga dikenal pasti melalui E-Kasih dan bukannya melalui pihak sekolah yang lebih maklum mengenai latar belakang pelajarnya," ujarnya.

Mohd. Ghazali menambah, pihaknya juga akan mengambil tindakan tatatertib kepada mana-mana pegawai di jabatannya sekiranya terlibat dalam mengemukakan maklumat dan latar belakang palsu murid yang mendaftar di E-Kasih.

"Jika ada bukti pegawai di jabatan terlibat, tindakan tegas akan diambil untuk mewujudkan ketelusan di kalangan kaki tangan awam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_07.htm